Sunday 11 May 2014


UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI
JABATAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU
Subjek : BSJ3063 Aplikasi Komputer dalam Tulisan Jawi     Sesi : 2013/2014
[Khas Untuk Tugasan BSJ 3063 AKDTJ PJJ 2014 Berkumpulan dalam Membina Blog Jawi]
Tugasan Individu
1.                  Para pelajar dikehendaki membuat tugasan berkumpulan ini dengan ahli kumpulan maksimum 4 orang satu kumpulan, kumpulan anda diberikan satu projek untuk menghasilkan satu blog yang bertajuk “Tulisan Jawi”.

2.                  Dalam blog berkumpulan anda ini perlu memuatkan perkara-perkara seperti berikut:

·                     Definisi dan makna tulisan Jawi.
·                     Teori dan kaedah penulisan Jawi.
·                     Cara dan pendekatan pengajaran/pembelajaran tulisan Jawi.
·                     Bukti-bukti sejarah tulisan Jawi.
·                     Pelbagai maklumat tulisan Jawi.

                       i.                     Blog yang dihasilkan itu hendaklah menunjukkan keupayaan kumpulan anda memuatkan elemen-elemen rangkaian-rangkaian sosial seperti twiter, facebook dan lain-lain.
                     ii.                     Dalam blog tersebut kumpulan anda juga digalakkan memasukkan elemen-elemen seperti animasi atau alat-alat bahan mengajar terkini seperti Khan Academy, Podcast, Video, SmartDraw, dan sebagainya.
                   iii.                     Kumpulan anda diminta mengirimkan link hasil akhir blog yang telah dihasilkan pada minggu yang ke-13.
                   iv.                     Penghantaran akhir bagi tugasan berkumpulan ini iaitu pada minggu ke-13.

3.                  Sila buat kerja berkumpulan ini dengan berhuraikan tulisan Jawi, panjang atau pendek tugasn ini sesuai dengan maklumat di atas.

4.                  Huraian gambar dan tulisan menggunakan tulisan Jawi, sila gunakan font bersaiz 16-18, dengan single space.

5.                  Cara dan gaya pembuatan tugasan blog ini hendaklah mengikut asas pembuatan blog yang betul dan tidak perlu yang berbayar.

6.                  Tarikh akhir penghantaran video animasi adalah satu minggu sebelum akhir semester atau pada minggu ke-13 yakni tarikh 25 Mei 2014 pukul. 12 pm.

7.                  Tugasan ini bernilai (Pengenalan 3%, Isi dan kandungan 12%, Gambar dan animasi 8%, Kreativiti dan inovasi 5%, Penutup 2%) yang membawa pemberat markah berekumpulan sebanyak 30%.

8.                  Tugasan blog juga mesti dikirimkan ke pensyarah Dr. Makmur Haji Harun melalui Myguru3 seperti tugasan-tugasan lainnya.


Pensyarah : Dr. Makmur Bin Hj. Harun

Telp. 05 450 6299.

No comments:

Post a Comment